Saturday, March 14, 2009

kalam presiden

Perasaan anta apabila memegang title PRESIDEN G13TH.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada ana untuk memegang jawatan ini. Ana berbesar hati kerana lantikan ini memberi peluang untuk beramal kepadaNya dan berkhidmat bersama ahli-ahli lain menjayakan persatuan ini. Terharu bila ada yang memberikan kepercayaan untuk memikul tanggung jawab ini, tapi dalam masa yang sama terasa gementar apabila diberikan harapan sedemikian. Amanah berat beb. Harap-harapnya, perlantikan tersebut adalah didasarkan kepada kelayakan dan bukan sekadar nama.

“If you hire only those people you understand, the company will never get people better than you are. Always remember that you often find outstanding people among those you don't particularly like.”

Tujuan penubuhan G13th.

Pada dasarnya, G13th ni ditubuhkan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli G13th, sesuai dgn temanya iaitu "membina ukhuwwah sejati". Antara objektif penubuhan G13th adalah:

1) merapatkan ukhuwwah sesama ahli
2) menyelesaikan masalah umum generasi
3) menyelesaikan masalah ahli
4) melahirkan dai'e dan du'at
5) memastikan ahli x hanyut di buai arus globalisasi

namun setelah kita semua tamat sekolah, objektifnya diperluaskan lagi dengan menambahkan beberapa objektif lain, iaitu

1) G13th as supporters team utk tarbiyah di ipt spt cari medan usrah
2) supporters team utk melanjutkan pelajaran
3) supporters team utk ruang kerjaya
4) supporters team bile dah berkeluarga
5) supporters team ukhuwah sesama G13th dan seniors & juniors
6) jaga juniors alamin

AJK tertinggi G13th bertungkus lumus merealisasikan bermacam macam event untuk semua ahli, trying to strengthen d ukhuwwah. Apa pendapat anta?

Ana sangat menyanjungi mereka. Itu menunjukkan AJK G13th memberi komitmen sepenuhnya terhadap persatuan ini. Sebenarnya, bukan AJK sahaja yang berjasa, tetapi kerjasama antara ahli-ahli lainlah yang sebenarnya yang menjadi tunjang kesempurnaan sesuatu event yg dijalankan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan,tentu ada kekurangan-kekurangan tertentu dalam sesuatu program yang dijayakan. InsyaAllah,kami akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan tersebut sebaik yang mungkin.

Does ukhuwwah really matter? Can u define it?

Friendship needs no words..;p

Rujuk hadith yg ke 13 dlm hadith 40 mengenai tidak beriman seseorang dr kamu sehingga lah die mengasihi saudarenya sepertimana die mengasihi dirinye sendiri. Kita tgk balik knape Allah jadikan kita dr pelbagai rupa, perangai, bangsa, n etc..supaya kt saling mengenali antara satu same lain. Bila terjalinnye ukhuwwah itu, ia akan menjadi penyokong buat kita di waktu susah n senang.

Adakah anta rasa ahli G13th lain komited dalam menyertai event yg diadakan?

Ana tak nak berprasangka buruk disini. Setakat ini ana melihat komitmen yang diberi ahli-ahli lain memuaskan. Terima kasih kepada mereka yang setia meghadiri program G13th.Tabik sama lu!

Dimana anta melihat G13th 10 tahun akan datang?

G13th akan terus bertahan. Barangkali, mungkin jadi satu organisasi yang bukan sahaja tempat kami (G13th) bersua kembali, tetapi juga menjadi medan penyebaran dakwah, perniagaan dan pelbagai aktiviti bermanfaats spt yg saya nyatakan sblm ni. Skopnya menjadi lebih luas, bukan sebagai medium merapatkan ukhuwwah sahaja. Harap-harapnya ana bersama AJK yang baru ini mampu membawa G13th ke tahap yang lebih tinggi. InsyaAllah.

Pesanan dan harapan kepada ahli G13th.

G13th adalah milik semua warga generasi ke-13 Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. G13th tak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak. Ana percaya bila adanya perkongsian dan kerjasama daripada semua kita dapat memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada. Oleh itu, atas dasar ukhuwwah ana minta semua pihak untuk menyumbang dari segi idea dan pendapat untuk memastikan G13th sentiasa cemerlang gemilang dan terbilang.


.Wallahualam..Salamualaikum

1 comment:

Zimah Zaiwani said...

wah, mantap sungguh brother ridzwan kita ni menjawab soalan2 yang diutarakan. insya Allah, ana akan cb sepenuhnya membantu batch kita.