Tentang G-13th

Bismillahirahmannirahim.

Generasi  13 (G-13th) merupakan  satu medan perkumpulan pelajar-pelajar alumni Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak yang telah menamatkan sesi persekolahan mereka pada tahun 2007. G-13th mula diketengahkan idea gerak kerjanya oleh beberapa orang pelajar yang merupakan ahli G-13th sendiri seawal mereka tingkatan 2.Pada awalnya G-13th ini ditubuhkan untuk menyelesaikan beberapa masalah gerak kerja yang dihadapi oleh batch mereka pada ketika itu.Suasana  ketika itu terdapat banyak perkumpulan kecil-kecilan yang lebih bergerak atas dasar asobiah menyebabkan beberapa orang pelajar telah menyuarakan untuk merangka satu orgranisasi yang tersusun di dalam batch untuk menyelesaikan masalah utama iaitu ‘Ukhuwwah’ dan ianya  menjadi fokus utama G-13th pada ketika itu.

Perbincangan secara tidak langsung telah berjalan di laman chatting ‘mRic’ diantara beberapa orang pelajar yang peka akan masalah ini.Seterusnya, berlangsunglah mesyuarat yang tahunan batch untuk kali pertama pada tahun 2004.Melalui detik itu,satu organisasi batch telah disusun yang berperanan sebagai agen penyatuan antara pelajar dan pelajar serta pelajar dan guru. Pelbagai aktiviti yang telah disusun dan dirangka.Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah futsal,iftar Jamie dan katibah. Bermotokan “Ukhuwwah will never dies “, peranan G-13th semakin terserlah sebagai tempat perkumpulan pelajar-pelajar generasi ke-13 ini dalam mengikat hati-hati mereka bersama dalam menempuh segala cabaran-cabaran dihadapi.

Kepercayaan  guru-guru kepada G-13th dalam menjalankan aktiviti-aktiviti  disekolah,memberikan satu peluang kepada batch ini untuk terus bekerja dalam satu ‘team’ atau gerak pasukan yang diikat dengan perasaan ukhuwwah yang begitu akrab.Majlis Perpisahan tingatan 5 pada tahun 2005 dan Wafdul Amin pada tahun 2006 meninggalkan satu sejarah yang bermakna pada G-13th apabila diberi kepercayaan penuh oleh guru-guru dalam menjayakan program tersebut.Ternyata medan perkumpulan yang dirangka sebelum ini menampakkan kesan yang positif dikalangan pelajar dalam mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi mereka.

Walaupun setelah tamat sesi persekolahan,keakraban dan ikatan ukhuwwah yang diikat oleh pelajar-pelajar G-13th tidak tamat begitu sahaja.Dengan medan yang lebih terbuka kini,G-13th yang pada waktu ini bernaung dibawah Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (OASIS ) terus komited dalam menggerakkan aktiviti yang mengumpulkan kembali pelajar-pelajar yang telah tamat sesi pengajian mereka di Al-Amin.Kini, dengan visi dan misi yang lebih besar selaras dengan misi melahirkan generasi  ‘soleh wa musleh’ G-13th  akan terus optimis  mengikat tautan ukhuwwah dikalangan  mereka yang pernah berada bersama-sama ketika zaman persekolahan dahulu sama ada Sekolah Rendah Al-Amin Gombak/KL  atau Sekolah Menengah Al-Amin Gombak.

Selain daripada matlamat ukhuwwah yang ingin dicapai,G-13th juga akan terus memberi sokongan dan bantuan sama ada tenaga ,idea ,buah fikiran ataupun bantuan kewangan kepada sekolah dalam kerangka membantu adik-adik yang masih menuntut di sekolah Al-Amin.G-13th juga akan turut memberi bantuan dan sumbangan kewangan kepada ahli g13th sendiri serta guru-guru yang memerlukan.

Kini G-13th yang bermotokan "Membina Ukhuwwah Sejati" dan dipimpin oleh saudara Abdul Muhaimin B. Shahriman, akan terus menjadi medan perkumpulan bagi mereka, dengan harapan perkumpulan ini mampu untuk menyemai satu perasaan kasih sayang kerana Allah dan mampu untuk menjadi satu perkumpulan yang meningkatkan iman dan taqwa di kalangan mereka (بنا ونؤمن ساعة  اجلس). Semoga segala usaha yang telah dilakukan akan dikira sebagai amal kebajikan oleh Allah dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Semoga dengan ikatan ini akan menjadi satu rantaian kuat untuk kita terlepas daripada siksaan api neraka, insyaAllah.