Thursday, February 25, 2010

sayangkah kita pada Rasulullah?

 

Rasululah S.A.W, merupakan utusan terakhir dari Allah S.W.T untuk kesejahteraan manusia. Terlalu banyak kesusahan, kesulitan, kepayahan yang ditempuh. Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan, demi umat tercinta. Kita umatnya harus sentiasa bermuhasabah, adakah kita sudah cukup menghargai apa yang dilakukan Rasulullah S.A.W untuk kita umat akhir zaman ini? Adakah kita sanggup berkorban demi agama seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W? Dan adakah secebis cinta buat Rasulullah di dalam hati kita?

 

Rasulullah menerima ibadah solat fardhu pada peristiwa Isra’ Mikraj. Daripada 50 rakaat yang ditetapkan, nabi berusaha untuk mengurangkan bilangan tersebut kepada 5 rakaat selepas mendapat nasihat daripada nabi Musa yang menyatakan umat akhir zaman tidak mampu melakukan ibadah sebanyak itu. Lalu berulang-aliklah nabi berjumpa Allah untuk mengurangkan bilangan tersebut lantaran memikirkan umatnya. Akhirnya dengan sifat kasih sayang Allah jua, kita hanya difardhukan untuk menunaikan 5 kali solat sehari tetapi pahalanya tetap sama dengan 50 rakaat yang mula disyariatkan!!

Sayangkah kita pada Rasulullah?

 

Rasulullah, giginya pernah patah semasa bertempur dan diriwayatkan anak panah terkena pipi baginda sehingga hujung anak panah itu terkena pada gusi baginda. Dengan bantuan gigitan Talhah ibn Ubaidillah sehingga tercabut gigi Talhah, anak panah itu berjaya dicabut dan darah memercik keluar dari pipi Nabi..semua ini ditempuh, demi memperjuangkan agama Islam, untuk kesejahteraan umat. Hari ini, kita adalah seorang Islam, yang mana merupakan nikmat terbesar daripada Allah S.WT, kerana hasil pengorbanan kekasih Allah S.W.T itu, Nabi Muhammad S.A.W.

Sayangkah kita pada Rasulullah?

 

Rasulullah diejek, dihina, dan dbaling dengan batu ketika di Toif, sehingga dikatakan terdengar bunyi darah di dlm kasut baginda ketika baginda berjalan. Lalu malaikat bertanya,"Mahukah kamu aku mengambil bukit lalu aku hempap di atas mereka?"
Namun..
Nabi hanya berdoa dan berkata pda ALLAH,"Ya ALLAH..ampunilah dosa mereka. Sesungguhnya mereka tidak tahu.." Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan dan kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan bginda s.a.w. berasa hampa dan gagal walau sedikit pun. Namun kita pada hari ini telah meremehkan ajaran Islam, tanpa menghargai pengorbanan nabi yangg telah berdakwah dan memperjuangkan Islam dengan begitu lamanya.

Sayangkah kita pada Rasulullah?

 

Rasulullah sentiasa memikirkan keadaan dan nasib umatnya, sehingga waktu nyawa baginda dicabut. Rasulullah risaukan kita. Rasulullah mahukan yang terbaik untuk kita. Tetapi kita, tidak sedaya upaya mengenali Rasulullah, mencontohi Rasulullah, menyayangi Rasulullah sepertimana baginda menyayangi kita. Kita tidak hiraukan ajaran dan nasihat Rasulullah. Soalan yang sama,

“Sayangkah kita pada Rasulullah?”

 

 

2701538396_668ef5466d

 

kisah yang entah sudah berapa kali didengari, tetapi masih meruntun hati kita setiap kali membacanya..

 

AIRMATA RASULULLAH SAW....

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

'Bolehkah saya masuk?' tanyanya...

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu...

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan...

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini...
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik...

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai baginda sebagaimana baginda mencintai kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

 

Mari kita berselawat ke atas baginda dengan sepenuh hati kita...

 

Saturday, February 13, 2010

FENOMENA PLAGIARISM – Amalan ‘potong dan tampal’ ancam budaya ilmu di universiti

 

Oleh Rosniza Md Taha

 

Buku atau naskhah akademik kini tidak lagi menjadi rujukan utama segelintir pelajar, sebaliknya kini ia beralih kepada internet untuk mendapatkan maklumat, data kajian, hasil penyelidikan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah.

Penggunaan internet yang jelas mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan pelajar kini dikatakan mencetuskan budaya ‘potong dan tampal’ hingga menjejaskan proses penyelidikan yang selama ini menjadi amalan universiti untuk terus maju.

Dalam pada itu, fenomena ciplak atau plagiarism turut mengancam budaya ilmu di universiti, sehingga ia kini dianggap ‘jenayah akademik’.

Pelajar tahun pertama Ijazah Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaysia Pahang, Nur Siti Aishah Paing, 19, berkata alasan utama pelajar memplagiat adalah kerana kesuntukan masa, justeru hasil buah fikiran pelajar pandai dijadikan ‘rujukan’ mereka bagi menyiapkan tugasan.

“Sebenarnya bukan tiada masa, tetapi sikap ambil mudah terhadap tugasan akademik adalah isu sebenar yang membuatkan mereka sewenang-wenangnya menciplak hasil tugasan pelajar lain,”katanya.

Bagi pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Elektrik Seramik, Universiti Sains Malaysia, Muhammad Azwadi Sulaiman, 26, budaya plagiat merebak kerana pelajar tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat termasuk penjelasan bagaimana mengelak amalan plagiat.

Katanya, seharusnya pelajar diberi kemahiran menyelidik dan melatih minda menjadi objektif, kritis, dan analitikal dalam mencari fakta serta memanfaatkannya untuk menghasilkan inovasi.

“Pelajar tidak diberi pendedahan sewajarnya apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan plagiat. Jika petikan kajian terdahulu diambil dan daripadanya diubahsuai hingga terhasil inovasi berdasarkan pemikiran sendiri, ia adalah karya ilmiah pelajar, bukannya sekadar disalin semula bulat-bulat,”katanya.

Pelajar Sarjana Sains Universiti Teknologi MARA, Rassimi Abdul Ghani berpendapat kesedaran mengenai kesalahan amalan plagiat amat rendah di kalangan pelajar siswazah kerana mereka cenderung mencari kaedah mudah dan cepat bagi menyelesaikan tugasan.

“Kematangan pelajar ijazah pertama berbeza dan sesetengahnya masih cenderung mahu berseronok, justeru jalan singkat seperti ‘cut and paste’ dari internet atau menciplak hasil kerja orang lain menjadi amalan.

“Berbeza pelajar pascasiswazah yang kebanyakannya sudah ada kematangan dan kemahuan mengusahakan sendiri karya ilmiah menggunakan idea sendiri dan bertanggungjawab atas penulisan dihasilkan,”katanya.

Elsy Usun Francis, 24, yang mengikuti pengajian Sarjana Kejuruteraan BioPerubatan di Universiti Malaysia Perlis, bersetuju dengan pendapat itu kerana baginya pelajar perlu mempunyai etika dalam penyediaan kajian ilmiah.

Selain merujuk pelbagai sumber ilmu selain internet, katanya, pelajar perlu memanfaatkan sepenuhnya bimbingan penyelia yang kebanyakannya bertaraf profesor dan mempunyai pengalaman luas dalam penyelidikan.

“Seharusnya pelajar mencari suluhan atau petunjuk proses memula, mencari dan menyudahkan tugasan dengan merujuk kepada penyelia, bukan bergurukan internet semata-mata,”katanya.

Pelajar PhD Sains Komputer Univesiti Kebangsaan Malaysia, Ruhaizan Ismail, 27, berkata pilihan terletak kepada pelajar dan sikap masing-masing.

Jika pelajar berpendapat meniru tidak menjejas dan merugikan dirinya, malah menguntungkan, plagiat sudah tentu menjadi amalan sedangkan hakikatnya ia tidak meningkatkan tahap penguasaan ilmu pelajar terbabit,”katanya.

Sebaliknya, katanya, mahasiswa sejati mengamalkan sikap positif terhadap budaya ilmu iaitu mengayakan pengetahuan dan kemahiran dalam proses penghasilan karya ilmiah dan mendapat kepuasan menerusi karya terbaik dihasilkan,

 

Source:

Berita Harian – 13 Februari 2010

Sunday, January 10, 2010

mari sama2 doakan


Kepada semua ahli G13th,

Abang kepada sahabat kita, Mudzakkir, iaitu Mubasyir, kini sedang berada di dalam wad ICU kerana menghidapi demam denggi berdarah dan sedang berada di dalam keadaan yang agak kritikal.

Mohon agar semua mendoakan supaya beliau cepat sembuh. Dengan keizinanNya.

Sunday, January 3, 2010

Sharia tightens its grip on Banda Aceh

By Kathy Marks

Sunday, 27 December 2009

It is late afternoon; the light is softening and young people have gathered at the harbour in Banda Aceh to play music, buy an ice cream and just hang out. Suddenly the tranquillity of the scene is shattered when two black pick-ups arrive and discharge a dozen men and women in olive uniforms.

The officers approach a couple sitting in the shade. One says: "We're here to enforce local regulation 14. Are you married?" Shamefaced, the boy and girl shake their heads. The officers examine their identity papers, then order them to leave. The couple ride off on their motorbike, flushed with embarrassment.

It's all in a day's work for the Wilayatul Hisbah, a special unit established to enforce sharia in the staunchly Muslim province of Aceh, on the western tip of Indonesia's Sumatra island. The unit patrols several times a day, looking out for people drinking alcohol, gambling, unmarried couples, and women wearing tight clothes or not wearing an Islamic headscarf, a jilbab.

Aceh – known as the "Veranda of Mecca" because Islam entered Indonesia there centuries ago – won the right to implement sharia law in 2001, after the province was granted semi-autonomy as part of efforts to end a decades-long separatist war. In recent years, the law has been enforced with increasing rigour, with dozens of public canings carried out.

In September the provincial parliament approved a new criminal code that includes a provision for adulterers to be stoned to death. The move was condemned by human rights groups, and has alarmed local businessmen, who fear it will harm Aceh's attempts to attract investment following the tsunami five years ago. The provincial governor, Irwandi Yusuf, has refused to sign the new code, so for now it remains in an uncomfortable limbo. That has not prevented the Wilayatul Hisbah, sometimes compared with Saudi Arabia's notorious "vice and virtue" police, from pursuing their task with zeal. And Aceh is not alone. Across Indonesia, the world's most populous Muslim nation, dozens of local governments – given wide scope to enact their own laws under a decentralised system – have adopted Islamic regulations on dress and behaviour.

The trend threatens to undermine Indonesia's reputation for fostering a moderate brand of Islam, yet the creeping fundamentalism is not widely endorsed. At elections earlier this year, support for Islamic parties plummeted, at national level and also in Aceh. Many Acehnese abhor the stoning penalty, although few are prepared to criticise it publicly for fear of being labelled bad Muslims.

Observers say a radical Islamist minority is being allowed to hijack the agenda, and in Aceh that minority is certainly making headway. In October, clerics denounced an Acehnese woman who failed to wear a jilbab while competing in a national beauty pageant. From 1 January, tight trousers will be banned in one district.

Iskandar, head of the Wilayatul Hisbah, or "Wi-Ha", as it is known colloquially, applauds such measures. "In our religion, it's forbidden to wear tight clothes, because they can show the body shape and arouse men's desire to do things with women," he explains. "It's all about protecting women and increasing respect for them. Before sharia law, women were dressing impolitely and getting pregnant outside marriage. That has all decreased now."

At Wi-Ha's dilapidated headquarters in central Banda Aceh, Iskandar is in charge of 62 officers, including 16 women. "Right now three of them are pregnant," he confides, adding hastily: "All are married, of course."

For the dusk patrol, six women and six men set off in the two vehicles, men in front, women following. They cruise slowly towards the harbour, then suddenly veer off sharply to the right. Two young couples have been spotted behaving suspiciously.

It turns out that they are just sitting together in a public place. But Kuzri, the patrol leader, gives them a stiff warning nonetheless. "It's preventative action, to make sure nothing else happens," he says. "We told them that to be together in a romantic way if not married can be dangerous and is actually forbidden. It can lead to bigger things, and on to adultery." ("Adultery", in Aceh, means any kind of illicit sex.)

Further on, a girl and boy take off on a motorbike as soon as the sharia police arrive. "Actually we're brother and sister, but we were leaving anyway," says the boy. Another couple, who are fishing off some rocks, say they are married. Kuzri believes them. "You can tell whether people are married," he says. "First the location: married people don't need to find a secluded place to spend time with their spouses. Unmarried couples will try to find a place out of sight. Also, they sit next to each other, very close. People who are married don't do that."

It may seem semi-farcical, yet those who transgress the moral code can be caned, even if the stoning law has yet to be enacted. Critics say the code discriminates against women and poor people (since rich couples can go to a hotel), intrudes into private lives, encourages vigilantism and violates the Indonesian constitution. Iskandar receives about 20 anonymous tip-offs a day. A man is spotted going into a hair and beauty salon; he is suspected of visiting prostitutes. An unmarried couple are seen entering a house at 7pm and not leaving until dawn. "What do you think they were doing all that time?" asks Iskandar. He laughs. "Just sleeping or talking?"

But he insists that Aceh is "very different from Afghanistan", and says no one has been caned since he took over last year. "I prefer to give people advice, maybe call in their parents. I think caning is not a good solution." He leans forward conspiratorially. "Actually, I hate caning," he says.

While there is support for sharia, particularly in socially conservative rural areas, many Acehnese have reservations. Lindawati, a seamstress, says: "Women are dressing more modestly now, and there are fewer cases of adultery, which is good. But as for the stoning regulation, I don't know how I would feel if one of my family had to suffer that kind of punishment."

Back at the harbour, a woman selling barbecued sweetcorn by the roadside is displeased to see Kuzri's team. "To be honest, most people don't like the sharia police," she says. One of her customers, a young man, agrees. "I got a warning for being out with my girlfriend," he says. "It's annoying. We weren't doing anything wrong."

But the Wi-Ha is happy in its work. "There are two advantages of our job," says Herman. "We get to carry out our duties, and we also get blessed by God because we're strengthening Islam."

 

indo_283726s 

Three youths are picked up in Banda Aceh by a special police unit on the lookout for people engaging in activity that contravenes sharia law. In this case, the men are suspected of gambling-afp/getty images

 

mn_tsunami_sharia_ph1

The Wilayatul Hisbah, religious police, patrol the beach at Banda Aceh looking for courting couples. Photo by Nick Meo, special to the Chronicle.

 

Sources :

http://www.independent.co.uk/news/world/australasia/sharia-tightens-its-grip-on-banda-aceh-1850916.html

http://www.sfgate.com/cgi-bin/object/article?f=/c/a/2005/12/25/MNGCEGD8KC1.DTL&object=%2Fc%2Fpictures%2F2005%2F12%2F25%2Fmn_tsunami_sharia_ph1.jpg