Friday, October 16, 2009

Ambush ke Rumah Ust Idris by MANKI


Alhamdulillah,pada hari ahad lepas,4/10/09 satu sesi ziarah ke rumah Ust Idris telah berlangsung.Program ini disertai oleh Banin sahaja.Turut serta dalam ziarah ini bukan saja batch g13,tapi ada juga wakil batch Ikhwan 15 dan batch g4^2.Program ini diaturkan oleh Saudara Abdul Muhaimin bin Shahriman.Difahamkan pada awalnya terdapat beberapa orang Banat yang ingin turut serta dalam program ini,namun mengambil kira faktor-faktor yang lebih utama,Banat akhirnya tidak turut sama.InsyaAllah lepas ini kita boleh buat lagi.

Perjalanan dimulakan seawal 9.30 pagi.Min Shah membawa kereta Naza jenis MPV bergerak ke rumah Min Mk untuk mengambil rakan-rakan yang lain.Selepasitu,kami semua bergerak ke Sek Al-Amin Gombak untuk mengambil orang di sana.Pada perancangan awal,ramai yang nak join,tapi mungkin ada masalah last minute yang membuatkan mereka tidak jadi pergi.Maka daripada 3 kereta pada cadangan awalnya menjadilah 2 kereta sahaja.kira-kira pukul 10.00 pagi kami bertolak daripada sekolah.

Destinasi seterusnya bukanlah terus ke rumah Ust Idris,tapi kena pergi ke Nilai dahulu untuk mengambil rakan-rakan di UIA.Disebabkan ada dikalangan mereka yang masih periksa pagi itu tapi hendak juga turut serta dalam program ini.Setibanya di UIA NILAI kira-kira pukul 11.00 pagi kami menunggu beberapa orang lagi untuk meneruskan perjalanan.Umar Zul,memandu satu lagi kereta.Sementara menunggu rakan-rakan yang baru abis exam sempatlah meluangkan masa di UIA.Bersembang dan bertukar pengalaman.

Seterusnya,destinasi berikutnya adalah REMBAU.Rumah Ust Idris.Sebelum itu,kami sempat untuk mencari hadiah yang sesuai untuk Ust Idris sebagai tanda peringatan daripada batch kita sendiri.Hasil peruntukan duit yang dikeluarkan oleh G-13th dapatlah kami mencari hadiah yang sesuai di Bandar Tampin.Singgah dahulu di masjid untuk menunaikan solat Zohor.Perjalanan disekitar Rembau dan
Tampin tidak menjadi masalah buat kami kerana Min Shah sudah biasa jalan di sana,maklumlah kampung dia di sekitar kawasan itu juga.

Akhirnya,dapat juga bertemu dengan Ust Idris.Kami sempat untuk melawat CyberCafe Ust Idris.Ust sekarang sepenuh masa berniaga dan menjaga kedainya.Tidak ketinggalan juga melawat rumah Ust dan kami dijamu dengan Mee/Kuew Tiau Tom Yam.Banyaklah pengalaman dan kisah-kisah zaman dahulu diingat kembali.Suasana rindu pada zaman sekolah dahulu memang dirasai oleh semua orang.Ust juga menceritakan pengalamannya yang bersungguh untuk mengajar Al-amin walaupun duduk jauh.Namun apakan daya hanya sempat 2 bulan sahaja setelah berpindah ke Rambau,N9.

Kira-kira pukul 5.00 petang kami meminta izin untuk berangkat pulang.Dengan nasihat dan doa Ust Idris serta Salam yang disampaikannya kepada semua G-13th mengakhiri pertemuan kami semua.Mengamati perjalanan Ust Idris daripada rumahnya hinggalah ke Sekolah Al-Amin Gombak memang meletihkan.Ust cakap,untuk sampai ke sekolah Ust terpaksa bertolak pukul 5.30 dengan menaiki motosikalnya.Namun itulah pengorbanan seorang guru yang ingin terus mendidik kita semua.

InsyaAllah,kita harapkan agar perjalanan ini diberkati dan diredai oleh Allah.Terima Kasih kepada Ust Idris sekeluarga kerana sudi melayan kami.Kepada Min Shah selaku penggerak program,terima kasih banyak.Kepada driver yang berhemah yang sudi menghabiskan minyak kereta masing-masing.Dan semua mereka yang menyertai program ini.Harapannya selepas ini akan banyak lagi program-program sebegini dan selalulah update perkembangan semasa di blog atau di yahoogroup untuk kita sama menyertainya.

1 comment:

Idris Bin Saleh said...

sALAM PERJUANGAN BUAT ANAK-ANAK MURID YANG SOLEH WA MUSLEH... TERIMA KASIH KERANA MENZIARAHI USTAZ DI REMBAU... TERUBAT JUGA RINDU DENGAN ANTUM SEMUA... NANTI KALAU DATANG KE RAMBAU LAGI USTAZ BELANJA MAKAN "SATAY TULANG", RASANYA MENGALAHKAN SATAY KAJANG.tERIMA KASIH JUGA ATAS HADIAH TU - CANTIK! AKHIR SEKALI USTAZ DOAKAN KALIAN SEMUA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT