Saturday, October 31, 2009

walimah ust fatah + ziarah


17 OKTOBER

Walimah Ustaz Fatah




Rumah Hafidz



Rumah Fathy


18 OKTOBER



Rumah Ibrahim

Saturday, October 24, 2009

jom

Pada 1 November ini, mak ana akan mengadakan jamuan makan, sempena pembukaan bangunan kedai baru berdekatan dengan restoran taqwa taman melewar. majlis bermula pada pukul 12, di alamat no. 1, jalan gombak ria, taman gombak ria, selangor. semua dijemput hadir.


ABDUL MU'IZ.

Friday, October 23, 2009

Aktivis Hak Asasi Kecam Undang-undang Rejam

JAKARTA 15 Sept. - Aktivis hak asasi di Indonesia hari ini mengutuk pelaksanaan undang-undang Islam yang mengenakan hukuman rejam hingga mati ke atas pesalah zina di wilayah Acheh, dengan menyifatkannya sebagai 'kejam dan merendahkan martabat'.

Undang-undang tersebut yang disokong puak konservatif di Aceh, juga turut mengenakan hukuman sebat sehingga 400 kali ke atas kesalahan rogol, minum arak, homoseks dan judi.

Undang-undang itu diluluskan oleh penggubal undang-undang wilayah utara pulau Sumatera itu, semalam, bagi menggantikan elemen kanun jenayah Indonesia dengan Syariah atau undang-undang Islam bagi umat Islam.

Ia mengenakan penalti hukuman mati ke atas mereka yang berkahwin dan 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin jika didapati bersalah berzina.

"Undang-undang yang diluluskan di Aceh itu sungguh kejam dan menjatuhkan martabat kemanusiaan," dakwa Ketua Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Komnas HAM), Idfhal Kasim kepada AFP.

Kasim berkata, golongan sekular dan kumpulan hak asasi akan mengemukakan rayuan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar pelaksanaan undang-undang tersebut dikaji semula.

"Semua ini akan membawa Aceh kembali kepada kehidupan silam. Membaling batu (ke atas pesalah zina) seolah -olah Aceh masih berada pada tahun 1940-an dan 50an," kata Kasim, yang menyifatkan ia akan mendorong golongan konservatif untuk memperluaskan undang-undang Syariah ke peringkat kebangsaan pula.

Undang-undang kontroversi itu diluluskan di Acheh beberapa minggu sebelum perhimpunan baru wilayah-wilayah lebih sederhana yang dikuasai oleh Parti Aceh yang didominasi bekas pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM) mengambil alih kuasa.

Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf sendiri yang merupakan bekas pejuang GAM menentang pelaksanaan undang-undang Syariah.

Irwandi telah menggesa kelulusan rang undang-undang itu ditangguhkan.

Ma'ruf Amin, ketua Majlis Ulama Indonesia, badan utama Islam di negara ini, bagaimanapun menyambut baik undang-undang baru itu.

"Majlis menyokong penuh pelaksanaan undang-undang Syariah di wilayah yang sedia menerimanya seperti di Aceh, yang mempunyai kuasa autonomi. Ini bukan soal ia bagus atau tidak.

"Bagi orang Islam, undang-udang Syariah adalah yang terbaik dan ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana sahaja. Selagi semua pihak bersetuju, ia tidak ada masalah," kata Ma'ruf.

Aceh telah melaksanakan undang-undang Syariah yang sederhana sejak 2001 sebagai sebahagian pakej autonomi yang diberikan oleh Jakarta untuk mematahkan sentimen menyokong kemerdekaan di kalangan penduduk tempatan.

Puak pemisah Aceh mula melancarkan penentang terhadap kerajaan Indonesia pada 1976 dan tamat pada 2005 melalui satu perjanjian damai. - AFP

source : Utusan Malaysia Online
16 September 2009

Sunday, October 18, 2009

ziarah so far

26 september
rumah sabirah>>

rumah cikgu azizan>>
rumah alwee>>

10 oktober

rumah cikgu rushida>>

rumah nurfatimah>>


LATEST PICS ARE COMING OUT!

Friday, October 16, 2009

Ambush ke Rumah Ust Idris by MANKI


Alhamdulillah,pada hari ahad lepas,4/10/09 satu sesi ziarah ke rumah Ust Idris telah berlangsung.Program ini disertai oleh Banin sahaja.Turut serta dalam ziarah ini bukan saja batch g13,tapi ada juga wakil batch Ikhwan 15 dan batch g4^2.Program ini diaturkan oleh Saudara Abdul Muhaimin bin Shahriman.Difahamkan pada awalnya terdapat beberapa orang Banat yang ingin turut serta dalam program ini,namun mengambil kira faktor-faktor yang lebih utama,Banat akhirnya tidak turut sama.InsyaAllah lepas ini kita boleh buat lagi.

Perjalanan dimulakan seawal 9.30 pagi.Min Shah membawa kereta Naza jenis MPV bergerak ke rumah Min Mk untuk mengambil rakan-rakan yang lain.Selepasitu,kami semua bergerak ke Sek Al-Amin Gombak untuk mengambil orang di sana.Pada perancangan awal,ramai yang nak join,tapi mungkin ada masalah last minute yang membuatkan mereka tidak jadi pergi.Maka daripada 3 kereta pada cadangan awalnya menjadilah 2 kereta sahaja.kira-kira pukul 10.00 pagi kami bertolak daripada sekolah.

Destinasi seterusnya bukanlah terus ke rumah Ust Idris,tapi kena pergi ke Nilai dahulu untuk mengambil rakan-rakan di UIA.Disebabkan ada dikalangan mereka yang masih periksa pagi itu tapi hendak juga turut serta dalam program ini.Setibanya di UIA NILAI kira-kira pukul 11.00 pagi kami menunggu beberapa orang lagi untuk meneruskan perjalanan.Umar Zul,memandu satu lagi kereta.Sementara menunggu rakan-rakan yang baru abis exam sempatlah meluangkan masa di UIA.Bersembang dan bertukar pengalaman.

Seterusnya,destinasi berikutnya adalah REMBAU.Rumah Ust Idris.Sebelum itu,kami sempat untuk mencari hadiah yang sesuai untuk Ust Idris sebagai tanda peringatan daripada batch kita sendiri.Hasil peruntukan duit yang dikeluarkan oleh G-13th dapatlah kami mencari hadiah yang sesuai di Bandar Tampin.Singgah dahulu di masjid untuk menunaikan solat Zohor.Perjalanan disekitar Rembau dan
Tampin tidak menjadi masalah buat kami kerana Min Shah sudah biasa jalan di sana,maklumlah kampung dia di sekitar kawasan itu juga.

Akhirnya,dapat juga bertemu dengan Ust Idris.Kami sempat untuk melawat CyberCafe Ust Idris.Ust sekarang sepenuh masa berniaga dan menjaga kedainya.Tidak ketinggalan juga melawat rumah Ust dan kami dijamu dengan Mee/Kuew Tiau Tom Yam.Banyaklah pengalaman dan kisah-kisah zaman dahulu diingat kembali.Suasana rindu pada zaman sekolah dahulu memang dirasai oleh semua orang.Ust juga menceritakan pengalamannya yang bersungguh untuk mengajar Al-amin walaupun duduk jauh.Namun apakan daya hanya sempat 2 bulan sahaja setelah berpindah ke Rambau,N9.

Kira-kira pukul 5.00 petang kami meminta izin untuk berangkat pulang.Dengan nasihat dan doa Ust Idris serta Salam yang disampaikannya kepada semua G-13th mengakhiri pertemuan kami semua.Mengamati perjalanan Ust Idris daripada rumahnya hinggalah ke Sekolah Al-Amin Gombak memang meletihkan.Ust cakap,untuk sampai ke sekolah Ust terpaksa bertolak pukul 5.30 dengan menaiki motosikalnya.Namun itulah pengorbanan seorang guru yang ingin terus mendidik kita semua.

InsyaAllah,kita harapkan agar perjalanan ini diberkati dan diredai oleh Allah.Terima Kasih kepada Ust Idris sekeluarga kerana sudi melayan kami.Kepada Min Shah selaku penggerak program,terima kasih banyak.Kepada driver yang berhemah yang sudi menghabiskan minyak kereta masing-masing.Dan semua mereka yang menyertai program ini.Harapannya selepas ini akan banyak lagi program-program sebegini dan selalulah update perkembangan semasa di blog atau di yahoogroup untuk kita sama menyertainya.

Monday, October 12, 2009

jemputan

Salam. Sy menjemput semua dtg ke open house rumah sy pd :
Ahad ni (18okt)
di Jalan AU5C/2 Lembah Keramat
(dkt ngn giant permata n masjid assobirin, xpun zoo negara)
- stesen lrt putra plg dkt adlh wangsa maju. pas2 kene naek teksi or bus rapid ke giant.
- stat kul 2ptg-maghrib.
- diharapkn semua dpt hadir.
muhaimin shahriman.
-----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Moga kita sentiasa dalam rahmat ALLAH dan redha-NYA.
Kepada SEMUA WARGA G13th yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah,
dengan segala hormatnya anda SEMUA dijemput ke rumah ana pada :-


Tarikh: SABTU, 17hb Oktober 2009@ 28 Syawal 1430H
Masa
: 2.30 ptg - 9.00 mlm
Alamat : 55(corner lot), Jln 3/7, Tmn Changkat Desa, 68100, Batu Caves, Kuala Lumpur.

# Tak jauh daripada Markaz PAS Tmn Melewar. Kalau naik kereta, dah sampai situ, bolehlah call.
# Kalau naik kenderaan awam, naik LRT PUTRA berhenti di Terminal Putra@
Gombak. Bila dah sampai, bole naik teksi dalam RM6 - RM 10 atau pun call ana utk ambil...
#DIGALAKKAN membawa bersama ibubapa.
#Sgt diHARAPKAN agar semua warga G13th sedia meluangkan masa utk ziarah.Makanan InsyaALLAH sedap.

#Utk mudahkn ana, SIAPA yg InsyaALLAH DAPAT dtg,
tolong SMS @ CALL ana, 013-3639697... Juga ada kemusykilan silalah hubungi ana...
#Hebah2kanlah...
WALLAHUA'LAM. TERIma KAsih...

hafidz gazali.

lendu ~~ apa lagi..makanan da sedap..

Sunday, October 4, 2009

iftar pics

terima kasih kpd semua yg sudi hadir ke iftar G13th pd 18/9 yg lalu..

gambar ihsan hafidz ghazali dan nailah roslan. insyaAllah akan ada penambahan gambar dalam masa terdekat.