Bila Israk mikraj berlaku?
27 Rejab setahun sebelum hijrah
Erti israk?
Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pd suatu mlm dr Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.
Erti mikraj?
Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari bumi naik sampai langit ke tujuh dan selanjutnya smpai ke Sidratul Muntaha.
Kejadian sebelum baginda menaiki Buraq?
Malaikat Jibril dan Mikail membawa baginda ke sumur zam2, membelah dada baginda dan disucikan hatinya.
Malaikat yg menemani baginda sepanjang perjalanan?
Malaikat Jibril dan Israfil.
Tempat2 baginda berhenti untuk menunaikan solat sunat 2rakaat?
Negeri Thaibah (Madinah), Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu), & Baitul-Lahm (tempat Nabi Isa dilahirkan)
Antara peristiwa2 aneh yg dialami baginda sewaktu Israk?
- kelihatan segolongan manusia sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka [perumpamaan bagi mereka yang menginfaqkan harta untuk menegakkan kalimat Allah s.w.t]
- tercium bau harum daripada kubur Masyitah, tukang sisir rambut anak Fir’aun [Masyitah sekeluarga telah dibunuh oleh Fir’aun kerana teguh beriman kepada Allah s.w.t dan tidak mahu mengakui Fir’aun sbg Tuhan]
- sekumpulan manusia yg sedang memecahkan kepala mereka sendiri, di mana setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. [perumpamaan bg mereka yg berat kepala untuk sujud (solat)]
- sekumpulan manusia makan bara api dan batu dari Neraka Jahannam. [perumpamaan bg org2 yg tidak mengeluarkan zakat]
- satu kaum yg terdiri drpd lelaki dan perempuan memakan daging mentah yg busuk, sedangkn daging masak ada di sisi mereka. [perumpamaan bg lelaki dan perempuan yg melakukan zina sedangkan mereka masing2 mempunyai isteri / suami]
Di mana tempat baginda mengimamkan solat sunat 2rakaat dgn segala anbia’ dan mursalin menjadi makmum?
Masjid al-Aqsa
Peristiwa sewaktu Mikraj; baginda bertemu?
- Nabi Adam a.s [langit pertama]
- Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s [langit kedua]
- Nabi Yusuf a.s [langit ketiga]
- Nabi Idris a.s [langit keempat]
- Nabi Harun a.s [langit kelima]
- Nabi Musa a.s [langit keenam]
- Nabi Ibrahim a.s [langit ketujuh]
Firman ALLAH s.w.t:
Maha Suci ALLAH yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah al-Isra’ ; 1)
Parents-Teachers Meeting Hamzah - 27 Julai 2024
-
Last week our family went to Parents-Teachers Meeting (PTM) at Hamzah's
Kindergarten.
Hamzah currently is 6 years old.
Some introduction:
He started his 6...
4 months ago
No comments:
Post a Comment