Sunday, November 14, 2010

Gambar K.A.S.I.H (Konvoi Raya)

it’s never too late rite..;p

Hari Pertama, 14/9/10 >> Rumah Hafidz, Ibrahim, & Afiqah

74581_171939212831556_100000464343343_555126_3519806_nDSC0119273150_171939259498218_100000464343343_555127_5894649_nDSC01212DSC01225 DSC01235 DSC01240 DSC01241 DSC01248 DSC01262 DSC01271

Hari Kedua, 15/9/10 >> Cikgu Mashitah, Syahidah, Cikgu Azizan, Cikgu Rusyidah, Cikgu Syimah, & Farrah Nadia

DSC01274 DSC01277 DSC01278148638_171939336164877_100000464343343_555128_5814367_nDSC01279 DSC01288 DSC01315 DSC0133574097_171939396164871_100000464343343_555130_1884557_n148662_171939362831541_100000464343343_555129_2717598_n149488_171940099498134_100000464343343_555133_5253153_n73529_171939849498159_100000464343343_555132_3832468_nDSC0134476494_171940222831455_100000464343343_555135_4382090_n149738_171940146164796_100000464343343_555134_7191193_n76204_171940289498115_100000464343343_555136_3386121_n149117_171939132831564_100000464343343_555125_3459618_n

Sunday, November 7, 2010

Jemputan untuk Warga G-13th

 

Assalamualaikum..

Jemputan khas buat semua ahli G-13th..


PROGRAM SEMBELIHAN

& JAMUAN HARI RAYA

2010


KHAMIS, 18 NOVEMBER 2010


SEMBELIHAN :

MULA JAM 8 PAGI


JAMUAN REUNION :

MULA JAM 2 PETANG


Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir program sembelihan, harap dapat hadir program jamuan makan. Kepada yang tidak dapat hadir, mohon didoakan program berjalan lancar.

Kerjasama didahului dengan syukran jazilan. Apa-apa pertanyaan, sila hubungi ana di talian 019-2080725.


Nor Laila Khalid  

 

Tuesday, October 26, 2010

Rutin belia bosan, sedih

Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my
2010/10/23

KUALA LUMPUR : Kaji selidik sebuah komuniti online tempatan mendapati majoriti daripada 2,000 responden belia berusia antara 18 hingga 23 tahun di negara ini menempuh kehidupan secara rutin hingga mendorong kepada rasa bosan dan sedih.

Kajian YouthSays.com mendapati, hanya 22.9 peratus responden bersetuju kehidupan mereka menyeronokkan. Selain itu, 99.3 peratus daripada responden mengakui kehidupan sepatutnya menggembirakan manakala 98 peratus daripada mereka bersetuju bahawa mencuba sesuatu yang baru adalah menyeronokkan.

Pengarah Eksekutif Youth Asia, Joel Neoh, berkata pihaknya prihatin dengan perkembangan sosial golongan muda di negara ini dan mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai program demi pembangunan belia.

“Maklum balas yang diperoleh daripada kaji selidik ini memberi isyarat kepada kami untuk mewujudkan platform kekal bagi dijadikan sumber golongan muda di Malaysia mencapai kehidupan yang lebih menyeronokkan,” katanya, semalam.

Antara rumusan kaji selidik YouthSays.com mendapati, responden cenderung menyalahkan pihak lain sebagai faktor yang mempengaruhi keseronokan atau kebosanan hidup mereka.
Selain itu, 67 peratus responden tidak berpuas hati dengan diri sendiri manakala 57 peratus lagi tidak berpuas hati dengan pensyarah atau majikan. Malah, 29 peratus daripada responden juga menyatakan rasa tidak puas hati terhadap ibu bapa.

Responden juga menyatakan kali terakhir mereka merasa seronok ialah ketika sambutan ulang tahun dan meraikan hari istimewa lain.

Neoh berkata, sebagai langkah mengatasi kebosanan golongan muda tempatan, Youth Asia memperkenalkan komuniti online terbaru, GroupsMore yang menawarkan diskaun untuk pelbagai aktiviti menyeronokkan serta tempat makan menarik untuk ahli berdaftar.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rutinbeliabosan_sedih_/Article/index_html

Walau banyak mana hiburan yang disajikan, remaja di luar sana masih tidak dapat kebahahagiaan, ketenangan, dan keseronokan yang didamba.

Penyelesaiannya satu; dekatkan diri dengan Allah dan banyakkan amal soleh. Rasa seronok yang tidak terhingga bila hidup diberkati dan diberi ketenangan olehNya. =)

Wednesday, September 15, 2010

jemputan walimah

 

m_SYAZ - P1 copy m_syaz - P4 copy

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dengan penuh kesyukuran,
ana ingin menjemput dan mengalu-alukan kehadiran antum ke
Majlis Perkahwinan kakak ana yang tercinta beserta suami,
Nurul Syazana & Mohd Zain
yang akan dilangsungkan pada

18 September 2010 (Syazana)

Jemputan ditujukan kepada sahabat, rakan sepersekolahan dan sepengajian,
rakan sekerja, rakan keluarga, saudara mara, dan juga buat mereka yang mengenali kami.

Mudah-mudahan majlis ini diberkati dengan kehadiran kalian.

Kehadiran antum amat-amat kami hargai.

ABDUL BASITH ABDUL HALIM

p/s: jika tidak tahu jalannya bisa ditelefon ke talian 013-5975048(Basith).