Tuesday, July 16, 2013

Walimatul Urus (bukan 1, tapi 4!)

 

Assalamualaikum w.b.t
Bersempena kehadiran Ramadhan penuh barakah, rahmah, dan maghfirah, saya dengan penuh rasa ukhuwah dan kekeluargaan,
ingin menjemput semua sahabat-sahabat G-13th ke majlis walimatul urus saya;

Walimatul Urus `Ammar bin Sahrim dan Ida Madiha binti Mohd Hamdan
pada 24/8/2013,
bertempat di perkarangan Surau Jumu`ah Amin, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak,
Jam 5.30 petang - 10.30 malam

Semoga kehadiran sahabat-sahabat sekalian akan memeriahkan lagi majlis dan mengundang barakah,
pohon doa semua agar bahtera rumahtangga yang bakal dibina dilimpahi sakinah dan mawaddah.
Selamat menyambut ramadhan buat semua,

Ramadhan Kareem!


Assalamualaikum
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
May Allah accept our fasting, forgive our sins, and guide us all to the Straight Path.


Dengan rasa syukur, kami menjemput kalian ke rumah untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan kami:

Afiq Tahir & Intan Azhani


-Majlis Pihak Perempuan-
18 Ogos 2013
Lot 3027, Jalan Bagan 13, Kampung Pinang, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan.
11.30 a.m. - 4 p.m.


-Majlis Pihak Lelaki-
31 Ogos 2013
27, Jalan TPJ 1, Taman Permai Jaya, 53100, Gombak, Selangor.
12.30 p.m. - 4 p.m.


Moga kehadiran kalian menambah keberkatan majlis.
Jika berhajatkan kad jemputan, Boleh hantarkan pesanan peribadi (PM) kepada salah seorang daripada kami.
Jazakallahu khairan kathira ^__^


"Marry those among you who are single and those who are fit among your male slaves and your female slaves; if they are needy, Allah will make them free from want out of His grace; and Allah is Ample-giving, Knowing." |AnNur:32|


~~~ ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH~


بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian bagi Tuhan sekalian alam terhadap segala kurniaan NikmatNya kepada sekalian manusia. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Qudwah teragung umat manusia.

Firman Allah Taala :
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya, diciptakan-Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapat ketenangan dan dijadikannya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yg berfikir” (surah Ar-Rum ayat 21)

Alhamdulillah...
Sebagai melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, kami dengan rasa rendah diri ingin menjemput sahabat-sahabat dan semua kenalan yang berkelapangan untuk menghadiri WALIMATUL URUS kami.

MOHD AIZUDDIN BIN ABDUL WAHAB & QATRUNNADA BINTI JUNUS

Butiran Majlis seperti berikut:

[ Majlis Sebelah Pengantin Perempuan ]
Hari : Sabtu
Tarikh : 31/8/2013 bersamaan 24 Syawal 1434H
Masa : 12 Tengahhari - 4 Petang
Alamat : LOT 3111, LORONG SARMIN, KG DELEK KANAN, 41250 KLANG, SELANGOR
[ Berdekatan dengan Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor (KITTIS) ]

[ Majlis Sebelah Pengantin Lelaki ]
Hari : Ahad
Tarikh : 1/9/2013 bersamaan 25 Syawal 1434H
Masa : 12 Tengahhari – 4 Petang
Alamat : MASJID AL-KHAIRIYAH , JALAN SG 7/1, TAMAN SRI GOMBAK, 68100 BATU CAVES, SELANGOR
[ Berdekatan Taman Tasik Sri Gombak]

Dengan penuh rasa rendah diri, sekali lagi kami menjemput sahabat-sahabat dan semua kenalan ke majlis kami berdua. Semoga dengan kehadiran kalian dapat menyerikan lagi majlis dan mendoakan semoga baitulmuslim yang dibina ini akan berkekalan serta mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, atas segala nikmat-nikmat-Nya. Bagi Mu segala pujian sebagaimana kedudukan, keagungan dan kebesaran kekuasaan-Mu.


Firman Allah taala dalam surah an-nisa’:1,
“Wahai manusia! Bertakwalah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam) dan Allah menciptakan pasangannya (Hawa) dan dari keduannya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.”

Islam telah menjadikan ikatan perkahwinan yang sah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagi satu-satunya cara untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang sangat asasi, dan cara untuk membina keluarga yang Islami. Penghargaan Islam terhadap ikatan perkahwinan besar sekali, sehingga ikatan itu disamakan setanding dengan separuh agama.

Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Ertinya : Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara separuhnya lagi”
(Hadis Riwayat Tabrani dan Hakim)

Dengan penuh rasa rendah diri dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt, kami ingin mengumumkan pernikahan kami:

ABDUL RAHMAN BIN DASHUKI bersama NURUL WAHIDAH BINTI RAMLI

yang akan berlangsung pada 31 ogos 2013 (akad nikah dan walimah di Terengganu) dan pada 14 September 2013 (walimah di Kuala Lumpur)
http://rahmandashuki.wix.com/rahmanwahidah

Sehubungan dengan itu, kami dan keluarga sangat berbesar hati untuk menjemput Saudara Saudari, Ikhwah dan Akhawat ke majlis pernikahan & walimah kami berdua. Semoga dengan kehadiran kalian akan lebih menyerikan lagi majlis kami dan seterusnya menambahkan keberkatan ke atas majlis kami.

Doakan semoga ikatan yang dijalinkan berkekalan hingga ke syurga, dapat melahirkan zuriat yang soleh solehah dan menjadi pewaris agama ini dan akhirnya mendapat redha ALLAH.

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
(Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib)

Hari ini
Biarku ijabkabulkan
tenang langit dan kekuning senja.